IIUM ROWING
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


this forum is exclusively open for all IIUM watersport enthusiasts, especially ROWING...
 
HomeGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Training UNTUK MASUM 2009
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeSun Feb 22, 2009 7:36 am by NEL

» Ruangan Gosip JoyahSport
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeSun Feb 22, 2009 7:06 am by NEL

» T-Shirt Rowing UIA
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeSun Feb 22, 2009 6:59 am by NEL

» Suatu Hari Ahad yang menyedihkan...
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeSun Feb 22, 2009 6:56 am by NEL

» Training UNTUK MASUM 2009
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeTue Jan 13, 2009 11:16 am by LaBu

» Tak meriah..
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeMon Nov 10, 2008 2:32 am by Blinzzstap

» Anatomi boat rowing
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeWed Oct 08, 2008 8:45 pm by semut

» Profile Admin- Blinzzstap
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeWed Oct 08, 2008 8:42 pm by semut

» Aku Sebatang Oar Crocker
Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeSat Sep 13, 2008 3:51 pm by LaBu

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 


Poll
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 19 on Fri Nov 24, 2023 3:33 am

 

 Sejarah Sukan Rowing

Go down 
AuthorMessage
Blinzzstap
Admin
Blinzzstap


Number of posts : 52
Age : 37
Location : UIAM Gombak
Registration date : 2008-08-16

Sejarah Sukan Rowing Empty
PostSubject: Sejarah Sukan Rowing   Sejarah Sukan Rowing Icon_minitimeSun Aug 17, 2008 3:40 am

SEJARAH RINGKAS SUKAN ROWING

Sukan Rowing adalah satu jenis sukan antara yang tertua dalam sejarah manusia iaitu sejak zaman Greek purba lagi. Dalam bentuk modennya, ia mula berkembang di England pada abad ke lapan belas, di mana pendayung-pendayung bot penambang mula berlumba antara satu sama lain dalam satu-satu perlumbaan yang dianjurkan.

Pada tahun 1715 seorang pelawak berbangsa Irish, Thomas Doggett telah menghadiahkan persalinan dan lencana kepada pemenang perlumbaan sculling yang dianjurkan di Sungai Thames. Perlumbaan ini telah disaksikan oleh Raja England pada waktu tersebut iaitu King George I dan dengan itu bermulalah satu era sukan rowing zaman moden. Sejak tarikh itu, sukan rowing telah menjadi satu acara tahunan dan merupakan sukan tahunan yang tertua dianjurkan setiap tahun hingga hari ini.

Pada awal abad ke sembilan belas, sukan rowing telah mula diminati di kalangan penuntut-penuntut sekolah dan institusi pengajian tinggi. Jika dahulu ianya merupakan sukan bagi pendayung-pendayung bot penambang di Sungai Thames, pada tahun 1829 perlumbaan bot antara Universiti Oxford dan Universiti Cambridge telah dianjurkan. Sehingga kini sukan rowing antara Universiti Oxford dan Universiti Cambridge telah menjadi satu acara tahunan yang amat terkenal.

Pada satu ketika dahulu, sukan rowing hanya diceburi oleh golongan professional dan golongan atasan sebagai satu jenis rekreasi tetapi kini telah menjadi satu kegiatan sukan yang digemari dan disertai oleh semua orang di negara-negara barat. Sukan rowing adalah sejenis sukan yang mementingkan usaha-usaha bekerjasama dan bantu-membantu. Dengan gerakan mendayung yang serentak dan bertenaga sukan ini memberikan satu bentuk semangat kesetiakawanan yang tinggi bagi menentukan kejayaan pasukan.

Bermula pada tahun 1896, rowing telah mula dipertandingkan di sukan olimpik dan menjadi acara tetap yang dipertandingkan di setiap sukan olimpik. Pada masa ini, terdapat 14 acara yaang dipertandingkan dimana 8 acara untuk lelaki dan 6 acara untuk wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

- "Single Scull" - Lelaki / Wanita
- "Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Lightweight Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Quadruple Scull" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Pair" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Four" - Lelaki
- "Lightweight Coxless Four" - Lelaki
- "Eight with coxswain" - Lelaki / Wanita

Bagi memastikan sukan rowing terus berkembang, kini Persekutuan Rowing Antarabangsa (FISA) telah memastikan sirkit Pertandingan Rowing Dunia diadakan dimana terdapat 4 peringkat sirkit diikuti Pertandingan Piala Dunia diadakan setiap tahun.

Ibu pejabat Persekutuan Rowing Antarabangsa kini terletak di Lucerne, Switzerland di mana terletaknya pejabat Pengarah Eksekutif serta Presiden Persekutuan Rowing Antarabangsa.





PENGENALAN SUKAN ROWING DI MALAYSIA

Pada tahun 1990 satu Mesyuarat Jemaah kabinet telah memutuskan Sukan Rowing akan diperkenalkan dan diperkembangkan di negara ini. Kerajaan berkeyakinan Sukan Rowing akan boleh mendidik rakyat untuk lebih bersemangat waja, bekerja keras dan semangat berpasukan di dalam mencapai sesuatu yang dicita-citakan. Elemen tersebut adalah penting terutamanya di dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara maju.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengesyorkan agar Sukan Rowing ini, sebagai permulaannya diperkenalkan kepada penuntut Pusat Pengajian Tinggi yang ada di negara ini. Hasrat ini adalah kerana mahasiswa dan mahasiswi adalah bakal penyambung pimpinan dan korporat negara di masa akan datang. Sebagai memenuhi wawasan Yang amat Berhormat Perdana Menteri itu, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia mula merancang dan melaksanakan beberapa program Sukan Rowing khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi universiti-universiti tempatan.

Beberapa siri kursus kejurulatihan dan kepegawaian serta Kursus Asas Sukan Rowing telah diadakan disekitar Ibukota Kuala Lumpur. Seramai 2,000 orang mahasiswa dan mahasiswi dari semua universiti telah mengikuti program-rogram yang telah dilaksanakan sejah tahun 1990 dengan harapan Sukan Rowing akan dikembangkan kepada segenap lapisan rakyat negara ini apabila rancangan pembinaan Pusat Rekreasi Sukan Air Kebangsaan (PURSAK) di Empangan Batu, Gombak, Selangor Darul Ehsan yang sepatutnya siap pada tahun 1995 terlaksana.

Malangnya sehinga kini masih tiada apa-apa perkembangan ke atas rancangan pembinaan Pusat Rekreasi Sukan Air Kebangsaan yang telah dihebohkan pada tahun 1991 yang mana dikatakan pembinaannya akan sempurna dilaksanakan pada tahun 1995 ini. Walaubagaimanapun Persatuan Mendayung Malaysia tetap berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk membangunkan Sukan Rowing di negara ini. Beberapa kursus dan program telah dirancangkan dan dijalankan samada di Empangan Batu sendiri, Kompleks Sukan Air Tronoh (Perak), Empangan Durian Tunggal (Melaka), Empangan Jajar, Besut (Terengganu) dan juga Tasik Kenyir, Terengganu.

Pada tahun Ogos 2000, Rowing telah terpilih sebagai salah satu dari 32 sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA XXI, di Kuala Lumpur 2001. Sebanyak 8 acara yang telah dipertandingkan bagi peserta lelaki dan wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah :-


- "Single Scull"
- "Lightweight Double Scull"
- "Coxless Pair"
- "Lightweight Coxless Four"

Sempena dengan penganjuran Sukan SEA XXI, Kuala Lumpur 2001 yang telah diadakan pada
10 - 13 September 2001, Persatuan Mendayung Malaysia telah berusaha agar kemudahan di Empangan Batu dapat dipertingkatkan dan akhirnya kini persatuan telah memiliki lapangan pertandingan "Albano System" serta 32 unit Bot Pertandingan peringkat antarabangsa.
Back to top Go down
https://iiumrowers.forumotion.net
 
Sejarah Sukan Rowing
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» T-Shirt Rowing UIA
» Anatomi boat rowing
» Carta Organisasi Rowing
» Video Rowing Olimpik Beijing
» WEBSITE Canoe & Rowing CLub UIA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
IIUM ROWING :: Pengenalan dan sejarah :: Pengenalan dan sejarah ringkas-
Jump to: